Saturday, 21 April 2012

islamkah aku??





these few days,
ive been thinking about a question...
islamkah aku??

dengan menyebut kalimah lailahaillallah,aku seorang islam..
tapi itu cuma pada pandangan manusia..

khalimah aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah,
tapi benarkah aku betol2 regard Allah sebagai tuhan aku??
sedangkan aku tak menjaga aurat,tak jaga solat,bermaksiat dan macam2 lagi...
islamkah aku??

aku bersaksi nabi muhammad pesuruh Allah..
tapi aku tak pernah melihat baginda..
bagaimana aku bole bersaksi yg baginda pesuruh Allah..

adakah aku islam kerana keturunan??
kerana aku dilahirkan oleh keluarga islam...
tapi bagaimana pula jika aku dilahirkan dalam keluarga bukan islam??

adakah aku islam kerana terikut ikut??
kerana aku dibesarkan dalam negara islam,
pelajaran pendidikan islam diwajibkan ketika sekolah..
orang2 di sekeliling aku islam dan meraka bersolat..
tapi bagaimana jika aku dibesarkan di negara bukan islam..
adakah aku akan kekal sebagai islam???

dalam quran ada tercatat,
yg membezakan antara org islam dan kafir adalah solat..
dalam aku bersenang hati kerana menyangka aku seorang muslim,
mungkinkah aku da termasuk golongan kafir,
kerana solat 5waktu tak terjaga...
tatkala bangun lambat,terlepas solat subuh,aku da dibezakan dari org islam..
masih islamkah aku??

pada aku,aku tak layak untuk melabel diri aku sbg seorang islam..
kerana itu adalah urusan Allah..
apa aku mampu buat,berusaha untuk menjadi hamba-Nya yg baik...
tapi islamkah aku ataupon tidak,terletak pada kuasa-Nya untuk menentukan..
cuma sekadar kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam,mampu untuk mengucap khalimah syahadah,
tapi belom bermakna aku sudah menjadi islam..
bagaimana jika aku dilahirkan ibubapa muslim yg langsung tak mengamalkan cara hidup islam dan tinggal di negara bukan islam???
aku islam kerana itu yg tercatat dalam IC,tapi aku tak pernah mengamalkan ajaran islam..
nk salahkan aku kerana tak mencari,ibubapaku tidak mengajarkan aku islam..
dan persekitaran aku juga tiadanya islam..
bagaimana mungkin tetiba aku bole terfikir untuk mencari islam??

senang untuk melafazkan khalimah syahadah...
tapi benarkah aku faham maksud dan benar2 bersaksi atas apa aku lafazkan...

solat..
adakah aku cuma bersolat sekadar atas perbuatan dan bacaan yg diajarkan guru agama??
sedangkan ketika bersolat,hati dan fikiranku memikirkan perkara laen...
jika begitu,sia-sialah aku bersolat..
kerana solat itu adalah penyembahan,merendahkan diri aku kepada pencipta aku...
tidakkah kurang ajar ketika aku menyembah-Nya,aku memikirkan hal keduniaan...

"tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadat untukku"
bila aku tengok kehidupanku,aku terlalu jauh dari tujuan hidupku yg sebenar...
dikurniakan dunia,untuk memudahkan aku beribadat kepada-Nya..
tapi aku mengejar dunia,langsung melupakah-Nya...

dalam solat,aku melafazkan
"solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah"
5kali sehari aku melafazkan sumpah dan janji kepadanya..
tapi masih aku kejarkan dunia,dan islam,aku cuma amalkan apa yg aku rase aku nk amalkan..
5kali sehari aku membuktikan diri aku munafik...
hanya pandai berjanji manis,tapi tak mampu untuk tunaikan..
siapa sangka,solat yg cuma mengambil masa 5-10minit,begitu berat sekali maksudnya..
5-10minit sudah cukup untuk tunjukkan manusia jenis apa aku ni...

albaqarah ayat ke 3 menceritakan ciri2 org yg bertaqwa..
salah satunya-menafkahkan rezeki yg Dia kurniakan kepada kita..
sedangkan aku berat untuk bersedekah..
sedangkan yg diminta untuk dinafkahkan adalah hak yg dipinjamkan-Nya kepada aku...
kononnya hidup dan matiku adalah untuk-Nya sedangkan aku terlalu sayangkan apa yg aku ada didunia..
yg mana sebenarnya bukanlah milik aku tetapi Dia..

ya Allah,tunjukkan aku jalan yg benar..
aku tak punya apa2 didunia ini selain Kau...
aku dilahirkan di dunia pon dengan berbekalkan tubuh badanku ini..
tapi itupon adalah amanah dan pinjaman-Mu..
janganlah Kau matikan aku bukan dalam islam..

No comments:

wink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...