Monday, 14 May 2012

Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..

herm bila da start menaip,susah nk stop..
heres another story yang aku da lama nk share tapi tak mampu sebab internet problem..

Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..
dari kecik lagi aku tahu tentang sifat Allah yang dua ni..
tapi tak pernah aku yakin dengan sebenar-benarnya tentang sifarNya ni..
hinggalah last 2months..
1 after another nikmat yang Dia berikan sehingga aku tak mampu lagi untuk bersyukur tapi sebaliknya merasa diri terlalu hina untuk menerima nikmatNya..

syarat untuk berjaya adalah USAHA DOA dan TAWAKAL..
selama aku hidup,aku cuma tekankan usaha..
doa ala kadar,sekadar kata2 yang aku ucapkan selepas solat..
tawakal???ape tu??

mungkin kerana itulah,aku selalu gagal dan tak pernah merasa full mark in exam..
sehinggalah last 2months,a week before neuro final..
ketika itu,alhamdulillah,Allah detikkan hati aku untuk melepak study skali dengan kawan2ku,pai bedek n hapis..

selepas seketika,tetibe aku terasa nak perlekehkan dorg tentang agama kerana dorg kuat usrah n all..
aku timbulkan persoalan2 pelik yang mane akan menampakkan islam itu teruk secara rasional..
tapi hidayah itu milik Allah,selepas perbualan tersebut,aku balik ke bilikku dengan niat yang kuat untuk mengenal Allah..

dari 7 hari sebelom exam sehinggalah 2hari b4 d neuro exam,
aku ke bilik dorg,bukan lagi untuk belajar neuro tetapi nk belajar tentang agama..
berbaki 2hari,aku baru mula persiapkan diri untuk final neuro..
wallahi,andai diletakkan keputusan atas fikiran aku,aku tak nampak any way yang aku akan lulus..
sebab masa terlalu singkat untuk aku kuasai ilmu neuro yang cukup untuk success..

namun,aku pegang dengan 3syarat untuk berjaya..

1-usaha,
walaupon aku start lambat,tapi aku yakin dimana aku dah berusaha sehabis baek..
"tidak Aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadat kepadaKu"
"solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah"
aku betolkan niatku dimana yang aku usahakan bukan untuk belajar,tapi beribadat..
bukankah belajar itu juga 1 ibadat??
jadi aku yakin yang aku telah berusaha dengan sehabis baik..

2-doa..
untuk pertama kali setelah sekian lama,aku dapat rasakan kewujudan Allah di sisiku..
dengan permulaan pembayangan 1 lembaga putih di hadapanku yang mendengar keluhan dan rintihan aku,
aku mula berdoa dengan cara yang betol..
pertama kali setelah beberapa taun,aku menangis mengharapkan bantuan dan harapan..
insyalah,doaku cukup..

3-tawakal..
aku mula memahami perjalanan pelajaranku sebagai 1 ibadat..
dan result,itu adalah hak Allah untuk dikurniakan kepadaku..
sungguh segala malang dan cubaan aku tempuh selama ini,itu adalah bekal untukku faham erti tawakal..
andaikata kejayaan itu milikku,alhamdulillah..
tetapi andai kata kegagalan mengetuk pintu hidupku,mungkin Allah ada plan laen untuk aku..atau mungkin Dia mau aku lebih kuat pada masa hadapan...
aku bersaksi atas kata2 ini,kerana sudah banyak dugaan dan kesedihan yang aku tempuhi yang mana in the end,ada good outcomes out of it..
dengan berbekalkan keyakinan dan bersangka baik ke atasNya..
aku da tak kisah tentang result..yang aku risaukan usaha aku yakni ibadatku..
"kemudian jika datang petunjuk dariKu,maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu  itu,nescaya tidak ada kebimbangan dan kesedihan"

tiba hari exam,
aku masih belom fully prepared..
jika diletakkan percentage,knowledge yang aku ada cuma 45% dari keseluruhan ilmu2 yang harus aku pelajari tentang neuro untuk lulus dengan cemerlang..
tapi aku terus cuba untuk melengkapkan ilmu aku sehingga ke saat terakhir sebelom masuk ke dewan exam..
ketika dipanggil masuk ke dewan exam,aku tawakal..hati aku berbisik,sampai di sini saja aku mampu berusaha,dan sekarang aku bertawakal kepadamu,apa akan jadi,ape resultku,semuanya milikMu untuk tentukan..
tatkala tiba masa untuk aku jawab exam,aku dipanggil cikgu paling susah untuk pass..
jika tak silap aku,belom ada student masuk exam skali dengan aku yang dapat full mark dari dia...
kalau dulu,aku akan mulai risau dan berfikiran negatif yang aku akan gagal..
tetapi ketika itu,aku tak rasa apa2..kerana aku yakin yang Allah akan membantu aku...

setelah selesai berdiskusi dengan beliau..
tibalah saat paling mengerikan,di mana dia mula memberi markah..
ketika die tulis resultku dalam notenya,aku cuma pandang dengan hati yang tak kisah..
kerana aku da tak kisah tentang markah,kerana bagiku itu adalah hak Allah untuk tentukan..
tetibe aku ternampak "O...T...L" singkatan in russian language yang bermaksud full mark...
1st full mark yang aku dapat after 2years..
wallahi,itu adalah kejadian paling aku tak sangka dalam hidup..
dengan ilmu yang serba kekurangan..
dengan berhadapan cikgu paling susah nk pass..
aku dapat full mark..

Alhamdulillah..
aku bersyukur kerana Dia masih sayangkan aku..
dan aku bersyukur kerana akhirnya doa aku dari zaman kecilku termakbul..
untuk merasai kasih sayang dan kewujudan Allah yang Esa...

*da ngantuk..esk aku sambung ape jadi ngn topan and obs exam...

No comments:

wink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...